Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rasuah : 3 anggota polis direman

TIGA anggota polis direman seminggu kerana didakwa menerima suapan berjumlah RM3,000 untuk tidak men
TIGA anggota polis direman seminggu kerana didakwa menerima suapan berjumlah RM3,000 untuk tidak mengambil tindakan terhadap suspek yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 14 Sept. -Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tahanan reman selama seminggu ke atas tiga anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman selepas dimohon Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Renifezri Mohamad.

Anggota polis berusia lingkungan 30-an itu ditahan semalam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM3,000 agar tidak mengambil tindakan terhadap suspek dalam kes penyalahgunaan dadah.

Perintah tahanan reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE                        

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain