Ketua Polis Daerag Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati rangka manusia tersebut berada di tingkat satu di dalam sebuah bangunan kosong yang terbengkalai.

"Rangka manusia tersebut didapati berada dalam keadaan tidak lengkap anggota badannya dan terlentang di atas lantai.

"Identiti rangka manusia tersebut juga gagal diperolehi kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau rangka manusia tersebut kemudiannya di bawa ke Jabatan Forensik, Hosital Seberang Jaya di sini untuk tindakan lanjut.

"Pihak kami tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kehilangan ahli keluarga dalam tempoh masa terdekat.

"Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta agar segera berhubung dengan pihak polis di talian 04-5759122 atau balai polis yang berhampiran untuk memudahkan urusan pengecaman rangka manusia ini," katanya. - UTUSAN ONLINE