Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kedua-duanya ditahan kira-kira pukul 1.30 petang tadi di sekitar Yong Peng.

“Polis percaya penahanan kedua-dua suspek boleh membantu siasatan kes tikam seorang wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya semalam,” katanya ketika melawat keluarga mendiang Tan Chi Ann di Yu Ai Charity Society di Yong Peng, sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 1.25 pagi semalam, Chi Ann, 47, dipercayai ditikam suspek di dada dalam kejadian ragut ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya. - UTUSAN ONLINE