Selain memukul menggunakan kayu batang penyapu, penyangkut baju dan bulu ayam, suspek yang berusia 32 tahun turut mencucuk isterinya yang merupakan seorang kakitangan awam menggunakan puntung cerut di rumahnya pada pukul 7 petang Isnin lalu.

ZUNDIN MAHMOOD
ZUNDIN MAHMOOD 

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, polis yang menerima laporan semalam bertindak menahan suspek yang merupakan seorang kontraktor untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan, mangsa dan suaminya telah mendirikan rumahtangga lebih kurang enam tahun. Mangsa disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain setelah suspek membaca WhatsApp kiriman seorang lelaki.

“Suspek marah apabila mendapat tahu hubungan sulit tersebut dan bertindak memukul pengadu,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE