Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, program pembangunan yang dikenali sebagai program Bakat Sukan Wilayah (BSW) dirangka khusus kepada atlet muda untuk menjalani latihan taktikal dan teknikal yang lebih sistematik.

Ujarnya, program itu aka melibatkan 15 jenis sukan teras.

“Dimana seramai 38 orang jurulatih telah dilantik untuk melaksanakan program latihan ini di 16 Pusat Latihan Negeri dan lapan Pusat Latihan Kawasan (PLK).

“Selain itu, sebanyak 360 atlet berusia 12 sehingga 17 tahun disasarkan untuk menyertai program ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pentadbiran Kepada Persatuan Sukan di Wilayah Persekutuan bagi 2019 dan Pelancaran Program Bakat Sukan Wilayah Persekutuan.


Sementara itu, dalam majlis hari ini, Khalid turut menyerahkan sebanyak RM390,000 bantuan pentadbiran kepada 86 persatuan sukan di tiga Wilayah Persekutuan bagi memastikan bagi memastikan tadbir urus persatuan sukan yang lebih kemas dan sistematik.-UTUSAN ONLINE