Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, sebanyak 385 anggota bantuan sumber luar juga akan bertugas pada PRK tersebut.

“Sebanyak tiga Public Order Riot Unit (PORU) dan lima platun infantri dari Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) juga dikerah untuk berhadapan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana kita akan mengutamakan aspek keselamatan pengundi dan orang ramai," katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja ke Batalion 4, Pasukan Gerakan Am, di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE