Serbuan kira-kira pukul 8.20 malam itu dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Rohazah Alwi berkata, kedua-dua suspek berusia 32 dan 33 tahun itu berperaan sebagai penjaga serta pembantu penjaga premis berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mereka dibayar gaji RM1,400 sebulan dan premis tersebut baru beroperasi seminggu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati premis itu dibuka 24 jam setiap hari dan hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja masuk,” katanya di sini hari ini.

Menurut Rohazah, pihaknya percaya terdapat seorang pengurus premis yang masih bebas memainkan peranan untuk mencari pelanggan yang terdiri daripada pelanggan lama.

“Pelbagai barang turut dirampas antaranya 16 buah komputer riba, tetikus (16 unit), kabel pengecas (16 unit), modem wifi serta wang tunai berjumlah RM200.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya.-UTUSAN ONLINE