Serbuan kira-kira pukul 11.15 malam itu dijalankan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 22 hingga 39 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati premis tidak berlesen itu beroperasi dengan menyediakan bilik-bilik karaoke dan GRO terbabit sebagai peneman dengan bayaran tip berdasarkan khidmat yang diberikan.

"Semakan mendapati mereka ini terdiri daripada lapan Vietnam, dua Thailand dan dua lagi adalah Indonesia.

"Selain itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan merupakan pengurus serta juru wang premis terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rusdi berkata, pelbagai barang dirampas antaranya peralatan audio, resit serta wang tunai.

Katanya, sebanyak 18 pengunjung pusat hiburan turut diperiksa bagi proses dokumentasi.

"Siasatan masih dijalankan dan kesemua tangkapan kini direman sehingga 29 Ogos depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 39b Akta Imigresen 1959/63," katanya. - UTUSAN ONLINE