Pegawai Pemerintah PPM Tawau, Mohd. Naziri Ismail berkata, kes paling tinggi direkodkan melibatkan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2008 berjumlah 73 kes diikuti kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan masing-masing 29 kes.

"Bulan Januari tahun ini mencatatkan nilai rampasan tertinggi iaitu RM1.3 juta diikuti April dengan RM404,228," katanya.

Mohd Naziri turut memaklumkan bahawa operasi bersepadu PPM Tawau bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau selama empat hari yang berakhir semalam berjaya menghasilkan tiga kes untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan satu kes disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, operasi itu tertumpu di kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan panas iaitu kawasan perairan dekat Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Pelabuhan Tawau, Tanjung Batu, Log Pond dan Batu 3-5 Jalan Apas.

Tambahnya, sembilan anggota PPM dan enam pegawai KPDNHEP Tawau terlibat dalam operasi itu. - BERNAMA