Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun dipercayai suspek kes berkenaan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4, Deputi Superintendan Mohd. Nazri Ibrahim berkata, hasil siasatan pihaknya tidak menemukan sebarang surat kebenaran dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Suspek berkenaan ditahan bersama bot yang dinaikinya dalam perjalanan dari kawasan Tanjung Batu menuju ke Pulau Sebatik.

“Selain itu, pihaknya turut menyita sebuah jongkong dan dua unit enjin sangkut jenis Yamaha dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM51,650.00,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nazri menambah, suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. - UTUSAN ONLINE