Presiden PPKM, Nor Aizam Abdul Kadir berkata, laporan itu bertujuan bagi menggesa pihak polis menyiasat beberapa isu seperti pertubuhan tidak diiktiraf, Malaysian Indian Custom Officers (MICOF) serta penamaan semula Muzium Kastam Diraja Malaysia kepada Muzium Kastam Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

“Selain itu, pada 29 Mac lalu, satu surat pekeliling yang ditandatangani pegawai berbangsa India mengenai waktu solat telah mengundang kemarahan pegawai-pegawai beragama Islam.

”Kita juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara ini dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Dang Wangi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE