NOOR MUSHAR MOHD.
NOOR MUSHAR MOHD. 

Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. sehubungan itu menafikan bahawa kes tersebut telah ditutup.

Menurut beliau, pihaknya juga telah memanggil beberapa orang saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Pada masa ini, polis sedang mendapatkan nasihat daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut meminta semua pihak supaya tidak membuat andaian awal, kerana boleh menganggu siasatan kes yang sedang berjalan.

Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan bahawa ada pihak yang cuba menutup kes tersebut menerusi Twitter miliknya semalam. - UTUSAN ONLINE