Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kedua-dua lelaki berusia 20-an dan 30-an yang dipercayai anggota Geng Prabu itu diberkas oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Katanya, dalam tangkapan pertama pada pukul 12.20 tengah hari itu, seorang daripada suspek ditahan di tepi Jalan Sultan di Aulong bersama beberapa barang kes berupa dadah.

“Susulan tangkapan tersebut, pihak polis telah menangkap seorang lagi lelaki di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultan, Aulong sebelum lelaki itu membawa ke rumahnya di Taman Kami, Aulong.

“Lelaki itu kemudiannya menunjukkan kepada pihak polis sebuah pasu bunga di perkarangan luar rumahnya yang ditutup sekeping papan di mana di dalamnya disembunyikan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Taiping di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE