JAMAL YUNOS
JAMAL YUNOS

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, Jamal ditahan pada pukul 1.15 petang bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12 Mei lalu.

“Suspek sekarang masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan. Selain kes berkaitan senjata api, suspek juga disiasat untuk beberapa lagi kes lain.

“Suspek juga mempunyai dua waran tangkap dan akan disempurnakan setelah suspek selesai menjalani rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE