NIK ROS AZHAN
NIK ROS AZHAN

Wanita yang berusia 60 tahun itu ditahan di George Town pada pukul 2.30 petang ini oleh sepasukan anggota polis dari ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Sementara itu Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, bedah siasat ke atas mangsa, Adelina Lisao, 26, telah selesai petang ini di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya.

"Hasil bedah siasat yang dibuat oleh Dr. Amir Saad Abdul Rahim mendapati punca kematian adalah disebabkan kegagalan fungsi organ badan disebabkan kekurangan darah.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin diabaikan dalam tempoh yang lama," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE