Menurutnya, dadah itu dipercayai untuk dijual di sekitar kawasan Kepala Batas.

“Kedua-dua mereka yang positif dadah jenis morfin dan amphetamine ditahan pada pukul 2 petang.

“Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 (B) dan Seksyen 15 (1)a Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE