Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai berkata, kesemua individu tersebut berusia antara 17 hingga 35 tahun.

“Sebanyak 13 serbuan telah dilakukan terhadap premis menjual loteri haram manakala enam lagi melibatkan pusat judi dalam talian.

“Polis berjaya merampas wang tunai berjumlah RM2,401 dan peralatan seperti telefon bimbit, kalkulator, mesin cetak serta barangan lain daripada serbuan ke atas premis menjual loteri haram.

“Menerusi serbuan di pusat judi dalam talian, polis merampas wang tunai sebanyak RM2,446 disyaki hasil kegiatan haram itu,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Dennis, kesemua individu terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” tegasnya -UTUSAN ONLINE