Rumah yang beralamat di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah dipercayai telah lebih setahun tidak berpenghuni.

Rumah tersebut sebelum ini dikatakan dihuni ibu bapa Jho Low, Larry Low Hock Peng, 66, dan ibunya, Goh Gaik Ewe, 66 yang kini dipercayai berada di luar negara.

Notis sitaan rumah banglo tiga tingkat tersebut turut kelihatan ditampal di bahagian pintu pagar luar rumah berkenaan.

Difahamkan, polis dari Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) telah menyita rumah berkenaan pada 21 Mac lalu.

Notis sitaan dari Pejabat Peguam Negara itu dibuat mengikut Sub Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) Polis Diraja Malaysia 2001.

Ketua Polis negeri, Datuk T. Narenasagaran ketika dihubungi berkata, beliau tidak mendapat maklumat mengenai hal berkenaan dan enggan mengulas lanjut. - UTUSAN ONLINE