Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pihaknya tidak pernah memberi perakuan untuk kad peserta program kebajikan dan perkhidmatan PBPM untuk digunakan oleh warga asing.

“Kad terbabit dilaporkan bertujuan mengesahkan pemegangnya adalah peserta kepada program terbabit yang dianjurkan oleh PBPM bersama dua lagi entiti.

“PDRM tidak pernah memberikan sebarang perakuan bagi kad penyertaan sedemikian kepada warga asing bagi mengelakkan timbulnya pelbagai implikasi dan persepsi negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Asmawati, kad berkenaan bukan satu bentuk dokumen pengenalan diri pemiliknya bahkan ia tertakluk kepada undang-undang berhubung status warga asing yang berada atau bekerja di negara ini.

Ujarnya, siasatan dijalankan itu bertujuan bagi mengenalpasti sama ada kad tersebut telah digunakan untuk apa juga tujuan yang menyalahi undang-undang. - UTUSAN ONLINE