Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya melakukan serbuan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Hanya dokumen sahaja yang diambil untuk tujuan siasatan dan tiada sebarang individu yang ditahan.

“Beberapa individu juga akan dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan dengan kes,” katanya.

Menurut Saiful Azly, kes kini disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun keseksaan kerana pecah amanah.

Pada November tahun lalu, Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran mendedahkan terdapat penyelewengan dana dan salah guna kuasa melibatkan pengurusan terdahulu perbadanan itu.

Satu jawatankuasa khas di bawah Kementerian Sumber Manusia juga ditubuhkan untuk meneliti aduan-aduan berhubung agensi itu. - UTUSAN ONLINE