Ketua Polis daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, dalam serbuan pada pukul 9.30 pagi itu, ketiga-tiga mangsa yang berasal dari India ditemukan berhampiran stor premis kedai berkenaan.

“Semasa pemeriksaan dibuat terdapat seorang mangsa dikurung dandirantai di bahagian stor luar bilik tersebut.

“Pemeriksaan di hospital ke atas mangsa yang berusia 48 tahun itu mendapati mangsa mengalami kecederaan patah tangan sebelah kanan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Pemerdagangan Orang 2007 dan polis menahan reman dua lelaki masing-masing berusia32 dan 36 tahun selama empat hari bermula hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga mangsa mengadu dipukul, didera, tidak diberi makan dan tidak dibenarkan keluar dari kedai. - UTUSAN ONLINE