Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din ketika dihubungi Utusan Malaysia menerusi Aplikasi Whatsapp hari ini.

“Tan Sri Musa ditangkap pagi tadi pukul 10.

“Pihak polis memohon reman terhadapnya tetapi tidak diluluskan oleh Majistret,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia menerusi Aplikasi Whatsapp di sini hari ini.

Musa yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dikatakan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Selangor sebaik selamat tiba di negara ini pada pukul 6.45 petang, Selasa lalu.

Musa sebelum itu dikatakan menjalani rawatan di Hospital Clementine Churchill di London, United Kingdom (UK) dan meneruskan rawatan kesihatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura berkaitan pembedahan pintasan jantung.

Musa sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa selepas satu kertas siasatan dibuka di negeri ini susulan laporan polis yang mendakwa beliau mengugut Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. - UTUSAN ONLINE