Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, ketika ditahan pada 3.45 petang, polis menjumpai satu plastik hitam mengandungi 30 paket lutsinar seberat 536 gram berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja.

Jelasnya, polis percaya suspek yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal dalam perjalanan untuk mengedar dadah.

“Hasil soal siasat kemudian membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru dan menjumpai 25 peket plastik lutsinar dan 38 ketulan mampat disyaki ganja dengan berat keseluruhan 39,438 gram,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Tambah Shaharuddin, suspek yang juga seorang penganggur direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE