Wan Jamil Wan Chik
Wan Jamil Wan Chik

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Wan Jamil Wan Chik berkata, operasi yang dijalankan di sekitar Simpang Pulai, Gopeng, Kampar, Tapah, Lenggong, Gerik, Ipoh dan Chemor itu bermula pukul 12 tengah hari semalam hingga 8 malam sebelum diteruskan pada pukul 12 tengah malam tadi sehingga 4 pagi ini.

Beliau berkata, dua individu berusia 27 dan 54 tahun turut ditahan di bawah Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Antara saman paling banyak dikeluarkan melibatkan kesalahan memandu laju (593), tidak memakai tali pinggang keledar (16) dan nombor plat tidak mengikut spesifikasi (13).

"Kesalahan lain yang turut dikenakan saman termasuk tiada lesen memandu, menghalang lalu lintas serta melanggar lampu isyarat merah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE