Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Polis Pahang selesai 24 kes samun dengan tangkapan empat suspek

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner  Othman Nanyan (tengah) menunjukkan
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan (tengah) menunjukkan senjata yang digunakan suspek dalam jenayah samun dalam sidang akhbar di Kuantan, Pahang hari ini. - UTUSAN

KUANTAN 14 Sept. - Polis berjaya menyelesaikan lebih 20 kes samun di daerah ini dengan penangkapan empat suspek di kawasan Taman Tas pada 10 dan 12 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, penangkapan seorang suspek utama berusia 30 tahun pada 10 September lalu membawa kepada penangkapan tiga suspek lain dua hari kemudian.

Katanya, penangkapan itu dipercayai berjaya menyelesaikan 24 kes samun di sekitar Kuantan, Gambang dan Jaya Gading.

“Kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 30 tahun itu dipercayai aktif melakukan jenayah samun sejak awal Januari lalu.

“Kebanyakan modus operandi mereka adalah dengan menyasarkan rumah sewa dan asrama yang dihuni oleh penuntut institusi pengajian tinggi yang mana kesemua mangsa adalah wanita,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Othman, suspek juga bertindak menakutkan mangsa- mangsa mereka dengan senjata seperti parang yang menyebarkan mereka trauma.

“Kesemua suspek direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395, 397 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain