MOHD. DANIEL MOHD. RAZALI
MOHD. DANIEL MOHD. RAZALI 

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Asisten Superintendan Mohd. Daniel Mohd. Razali berkata, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan susulan jika individu itu gagal berbuat demikian.

Katanya, dalam kejadian itu, kereta yang dipandu individu tersebut telah melanggar dua buah motosikal di kawasan berkenaan sehingga mengakibatkan salah seorang penunggang maut di lokasi kejadian.

Ujarnya, seorang lagi penunggang motosikal cedera dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

“Selain itu, saksi atau sesiapa yang terlibat dalam kemalangan ini agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE