Serbuan dilakukan oleh pihak polis bersama sepasukan Penguatkuasa Risikan Sempadan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa, kira-kira pukul 6:30 petang, 16 Mac lalu.

Hasil serbuan, pihak polis menahan seorang lelaki yang memiliki pistol dan peluru berkenaan serta dua lelaki lain yang dipercayai rakan suspek.

Pihak polis turut merampas tiga liter air ketum; 300 mililiter cecair hitam dipercayai ubat batuk dan tiga plastik berisi 800 gram daun ketum yang bernilai RM100. - UTUSAN ONLINE