Dalam serbuan yang bermula pukul 11 pagi berakhir lima jam kemudian itu, penagih yang ditahan terdiri daripada 17 lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 55 tahun.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, polis merampas dadah jenis heroin seberat 3.6 gram (g), syabu (0.2g) dan ganja seberat 0.4g daripada tujuh penagih terbabit.

Menurutnya, dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM172 dan dipercayai untuk dijual kepada penagih di sekitar kawasan itu.

“Kesemua mereka yang ditahan disahkan positif dadah jenis morfin dan Amphetamine hasil ujian air kencing yang dijalankan.

“Kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39 A(1), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Dadah 1983,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE