Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, tiga saksi yang dicari itu ialah P. Sathiesan dengan nombor kad pengenalan 530206-10-5253, S. Kirubah (880729-10-5260) dan S. Thiruchelvi (840417-10-5716).

Menurutnya, sehingga kini pihaknya masih gagal mengesan ketiga-tiga saksi terbabit berdasarkan kepada alamat terakhir tempat tinggal mereka.

“Oleh itu, kita harap ketiga-tiga saksi ini dapat tampil dengan segera untuk perbicaraan kes bunuh yang akan bersidang di mahkamah pada Khamis ini.” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohd. Yusoff turut meminta ahli-ahli keluarga atau kenalan kepada ketiga-tiga saksi terbabit supaya memaklumkan kepada pihaknya di balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Muhammad Khuzairi Abd. Wahab di talian 019-2199991. - UTUSAN ONLINE