Pegawai Komunikasi Korporat Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Inspektor Wan Faraheeda Wan Muhamad Salleh berkata, suspek ialah M. Buvaneswaran, 37, yang juga dikenali dengan nama Apoi.

“Suspek terlibat untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan kali terakhir dilihat di alamat No. 343, Taman Tan Yew Lai, Batu 6, Jalan Puchong, di sini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelasnya, orang yang mempunyai maklumat boleh berhubunga dengan Pegawai Penyiasat Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields, Inspektor Mohd. Razif Karin di talian 03-90512222 atau 013-9661566.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. - UTUSAN ONLINE