Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, peguam terbabit, Rajvin Charan Suri, 32, yang mempunyai alamat terakhir di nombor 194, Taman Bukit Paya, Port Dickson dicari bagi membantu melengkapkan siasatan kes pecah amanah berkenaan.

"Mangsa telah berurusan dengan seorang peguam bernama Rajvin Charan Suri dari R. C. Suri & Co. yang beralamat di Port Dickson dalam urusan pembelian sebuah rumah di Seremban bernilai RM302,000.

"Peguam ini dikehendaki bagi membantu melengkapkan siasatan kes pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di 06-6472222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Suzila Ismail di talian 013-6913289. - UTUSAN ONLINE