AZRULNIZAM ARIF
AZRULNIZAM ARIF

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitenden Raub Selamat berkata, Azrulnizam Arrif, 38, melarikan diri dengan memakai baju berwarna jingga dan seluar pendek berwarna unggu.

“Suspek yang beralamat di Taman Jementah di sini sedang disiasat berkaitan kes dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“IPD Segamat sedang giat melakukan Ops Kesan dan Tutup bagi mengesan dan menangkap semula OKT tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Huzaifah Akwa Ishak di talian 01127766092 atau IPD Segamat 079312222 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran. - UTUSAN ONLINE