Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati suspek dikenali sebagai ‘Bob Marley’ berusia awal 30-an tahun.

Menurutnya, suspek ialah rakan jenayah seorang lagi suspek yang berjaya ditahan di Kampung Nelayan Telok Gong pada 5 September lalu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis menahan seorang lelaki berumur 38 tahun pada kira-kira pukul 4 petang pada 5 September lalu di Kampung Nelayan Telok Gong.

“Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk kes samun kilang dan melarikan pump gun itu,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar memberitahu, suspek yang ditahan itu telah mendedahkan lokasi senjata api tersebut.

“Kita giat memburu rakan jenayah suspek iaitu ‘Bob Marley’ dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat dapat menghubungi polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan,” ujarnya.