Pemangku Ketua Polis daerah, Superintenden KS Mender Singh berkata, pihaknya berjaya memberkas dua lelaki berusia 31 tahun pada pukul 9.30 malam dan awal pagi tadi.

Menurutnya, mayat mangsa yang dikenali sebagai Wong, 58, itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan luka dan berdarah di bahagian belakang kepala kira-kira pukul 8 pagi di kubur terbabit.

“Hasil bedah siasat juga mendapati tulang rusuk kanan mangsa patah serta bahagian tengkorak kanan terdapat kesan retak kecil dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Kita berjaya memberkas kedua-dua suspek berkenaan dan merampas 13 barangan termasuk sebilah pisau berukuran 17 inci dan dua buah motosikal,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Ujar Mender Singh, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek memiliki rekod lampau termasuk berada dalam senarai dikehendaki bersabit kes dadah. -UTUSAN ONLINE