Menurut aktivis haiwan, Tan Sri Lee Lam Thye, pindaan tersebut adalah untuk menjadikan perbuatan membunuh haiwan yang dilindungi sepenuhnya sebagai kesalahan liabiliti ketat dan hukuman ke atas pesalah dapat ditingkatkan.

“Di Sabah, penyu adalah spesies yang dilindungi sepenuh­nya di bawah Enakmen Pemuliharaan

LEE LAM THYE
LEE LAM THYE 

Hidupan Liar 1997 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah.

“Walaupun undang-undang sedia ada memberikan hukuman keras, ia gagal untuk menghalang pemburu haram terutama­nya dalam kalangan warga asing,” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rabu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) menahan tiga lelaki warga asing kera­na menangkap dan membunuh penyu di pe­rairan Pulau Ligitan, Semporna, Sabah.

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, selain pindaan tersebut, terdapat juga keperluan untuk menyeragamkan undang-undang bagi melindungi penyu di seluruh negara.

Kata beliau, ketika ini setiap negeri menguatkuasakan un­dang-undang sendiri termasuk berkaitan perdaga­ngan haram dan larangan memakan telur penyu namun mengikut analisis dan pengalaman Tabung Alam Sedunia (WWF), ia tidak mencukupi.

“Saya percaya bahawa undang-undang yang ketat serta peningkatan aspek pendidikan dan kesedaran awam dapat membantu melindungi spesies terancam tersebut yang sema­kin berkurangan bilangannya sejak beberapa dekad yang lalu,” katanya.