Mohamad Fuzi Harun
Mohamad Fuzi Harun 

Katanya, kumpulan pengganas Abu Sayyaf mengancam untuk memenggal kepala mangsa menerusi sebuah video yang dimuat naik ke laman Facebook baru-baru ini.

"Ini perang psikologi kepada pasukan keselamatan dan keluarga mangsa bagi memberi tekanan untuk menunaikan permintaan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Buku Panduan Siasatan Jenayah Agen Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sabah dan Sarawak di sini.

Pada 14 Feb lepas, kumpulan militan itu memuat naik sebuah video, yang memaparkan dua lelaki Indonesia dan seorang warga Malaysia, ke laman Facebook menerusi pengguna akaun Kim Hundin dan mengancam untuk memenggal kepala mangsa jika wang tebusan tidak dibayar.

Jumlah wang tebusan tidak disebutkan dalam video itu.

Pada 6 Dis lepas, tiga nelayan dikenali sebagai Jari Abdullah, 34 seorang warga Malaysia dan dua warga Indonesia - Heri Ardiansyah, 19, dan Hariadin, 45, dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka ditemui tanpa mereka, yang dipercayai diculik dan berada di suatu tempat di Filipina.

Mengenai majlis itu, Mohamad Fuzi berkata ancaman serangan jenayah membabitkan bahan kimia adalah pada tahap rendah dan terkawal di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata buku tersebut yang menerangkan prosedur operasi standard memberi panduan kepada pihak polis dalam menghadapi sebarang kes jenayah membabitkan penggunaan bahan kimia. - BERNAMA