Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, sepasang suami isteri, tiga anak dan dua saudara perempuan warga Thailand turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis DaerahAsisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, syabu seberat 18.5 kilogram (kg) itu ditemukan dalam kawasan semak berhampiran dengan rumah suspek.

Beliau berkata, sebelum itu anggota PGA telah melakukan pemeriksaan rapi di dalam rumah tersebut termasuklah ke atas badan kesemua suspek.

“Anggota PGA kemudian telah membawa kesemua suspek dan melakukan pemeriksaan di luar rumah sehingga menemukan satu guni yang mengandungi 17 bungkus plastik disyaki

Syabu,” katanya kepada pemberita sebelum Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas di sini hari ini.

Abdullah dinaikkan pangkat dan akan bertugas sebagai sebagai Timbalan Ketua Polis negeri sementara Superintenden Ismail Jusoh akan memangku jawatan sebagai Ketua Polis Daerah buat sementara waktu.

Abdullah memberitahu, kesemua suspek direman seminggu bermula hari ini sehingga 13 Ogos bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku tidak mengetahui dadah itu kepunyaan siapa.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. Kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan air kencing mendapati mereka negetif iaitu bebas dari dadah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata, pihaknya berjaya melumpuhkan sendikit pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki dan seorang wanita dalam serbuan berasingan di sekitar Kampung Jal Kechik, Bunut Susu.

Katanya, serbuan pertama polis merampas 180 biji pil kuda; 51 gram syabu dan 24 gram herion selepas berjaya menahan seorang lelaki serta wanita selepas menahan sebuah kereta jenis Proton Waja pada pukul 3.30 petang semalam.

“Nilai rampasan dadah itu membabitkan nilai RM22,350. Serbuan kedua pula di kawasan yang sama, kita tahan seorang lelaki berusia 41 tahun dan merampas lapan gram herion, 11 gram syabu dan 160 bijil pil kuda berjumlah RM7,170,” katanya. - UTUSAN ONLINE