Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, walaupun kegiatan tersebut turut berlaku di negara ini namun peratusan yang direkodkan amat kecil iaitu tidak sampai satu peratus.

“Ya, sa­ya tidak me­nafikan memang penyeludupan dadah dalam penjara berlaku tapi keada­annya

ZULKIFLI OMAR
ZULKIFLI OMAR 

masih terka­wal, tak sampai satu peratus pun.

“Kita berjaya menangkap mereka terlibat termasuk kakitangan penjara selain menggunakan 10 me­sin pengimbas yang diletakkan di penjara-penjara utama seperti di Kajang dan Tapah,” katanya kepada pemberita dekat sini hari ini.

Terdahulu, Zulkifli mengiringi Menteri Dalam Nege­ri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan kerja dan merasmikan Ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang, dekat sini yang turut di­hadiri Ketua Setia­usaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ibu pejabat tersebut siap dibina pada 20 April tahun lalu dengan kos lebih RM63 juta.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, jika penyeludupan dadah tidak terkawal, kesannya dapat dilihat melalui pergaduhan dan perebutan dalam kalangan banduan.

“Rusuhan sehingga membunuh akan berlaku kalau penyeludupan dadah tidak terkawal di dalam penjara seperti yang berlaku di Brazil,” katanya.

Pada 14 Januari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendedahkan pihaknya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang disyaki menyeludup masuk bahan terlarang itu untuk kegunaan tahanan di Penjara Simpang Renggam, Johor.

-habis-