Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, suspek yang memakai topi keledar dan berjaket hitam datang ke kedai berkenaan dan melarikan telefon bimbit milik dua pekerja kedai berkenaan bersama wang tunai yang bernilai RM1,300.

Menurut seorang daripada mangsa, suspek bersenjatakan pisau pemotong daging masuk ke kedai berkenaan yang ketika itu tiada pelanggan.

“Selepas mengambil telefon bimbit dan wang tunai tersebut, suspek kemudian beredar.

“Namun kira-kira tujuh jam selepas itu, dia kembali ke kedai untuk memulangkan dua kad sim milik kami kepada rakan setugas yang lain,” katanya.

Mangsa berusia 24 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Travers, dekat sini pada pukul 4.45 petang.

Kejadian tersebut tular di media sosial dengan menunjukkan imej suspek serta dua rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. - UTUSAN ONLINE