Menurut sumber, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Port Dickson pada pukul 3.10 petang selepas hadir memberi keterangan.

Kata sumber, suspek telah meminta wang rasuah berjumlah RM2,000 daripada seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan sebagai dorongan untuk meluluskan tuntutan tugas pengawal keselamatan bagi bulan Oktober 2017. 

“Pengurus syarikat terbabit telah pun memasukkan wang tersebut ke dalam akaun peribadi suspek.

“SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Port Dickson esok,” katanya, di sini hari ini. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hairuzam Mohmad Amin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE