Tertuduh, Lee Tak Foo, 48, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua tuduhan selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Tertuduh yang memakai baju kemeja kotak-kotak biru dan berseluar hitam berkata tidak bersalah sebaik jurubahasa bertanyakan pengakuannya.

Mengikut pertuduhan, Tak Foo didakwa telah menjalankan perniagaan memberi pinjam wang tanpa lesen yang sah kepada Chia Yoke Peng, 53, sebanyak dua kali dengan nilai masing-masing RM3,000.

Tak Foo yang diwakili peguam K. Nanthan didakwa melakukan kesalahan itu pada 15 Januari dan 27 Januari 2015 di No 35, Pekeliling Rokam, Pekan Razaki dekat sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab. Wahab mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE