Video berdurasi empat minit 25 saat itu yang mula tular di media sosial yang memaparkan penjenayah terbabit dikejar kenderaan anggota peronda.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi berkata, dalam kira-kira pukul 6.30 petang itu, kedua-dua suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna kelabu dilihat anggota pasukan peronda memandu dalam keadaan mencurigakan.

Ujarnya, mereka kemudiannya diarahkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan namun mereka enggan

“Kedua-dua mereka bagaimanapun terus memecut laju sejauh lebih lapan kilometer bermula dari Persiaran Kewajipan menuju ke SS19/6, Subang Jaya bagi mengelak diri mereka dari ditahan.

“Sebaik sahaja tiba berhampiran di sebuah kawasan perumahan, mereka bertindak memberhentikan kenderaan sebelum melarikan diri di kawasan semak berhampiran,” katanya.

Tambah Mohammad Azlin, sehingga kini pihaknya masih memburu kedua-dua suspek dan semakan terhadap kereta terbabit turut mendapati kenderaan berkenaan dilaporkan hilang di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

“Selain mengesan kedua-dua suspek, kita juga meminta penunggang yang merakamkan video terbabit untuk tampil bagi membantu siasatan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE