Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, polis yang melakukan rondaan op khas samun telah mengekori kereta jenis Proton Iswara yang dipandu lelaki berusia 31 tahun itu.

Menurutnya, kereta suspek pada mulanya dikesan di Jalan Soon Ban Keng namun dia mengecut ketika ditahan oleh polis.

“Polis akhirnya menemukan kereta itu di Jalan Berjaya di sini namun ketika cuba ditahan, kedengaran beberapa das tembakan dari arah kereta itu.

“Lelaki ini memiliki rekod jenayah dan dikehendaki bersangkut kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun wang tunai RM30,000 daripada peniaga emas,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Zainol, pemeriksaan di dalam kereta yang dinaiki lelaki itu menemukan sepucuk pistol berwarna hitam jenis CZ 75 P-01-Cal. 9 Luger bersama peluru dan kelongsong. - UTUSAN ONLINE