Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, suspek lelaki berusia 25 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 6.30 pagi oleh orang awam berikutan keadaannya yang mencurigakan berlegar-legar memunggah barang dari kawasan kafe.

"Suspek yang sedar dirinya diperhatikan kemudian bertindak melarikan diri bagaimanapun berjaya dikejar orang awam dan ditahan di resort berdekatan.

"Setelah ditahan, suspek mengaku telah mencuri kamera di Bubu Resort di samping memecah masuk dan mencuri barang-barang di Chillout Cafe," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, suspek yang berasal dari Jinjang Utara, Kuala Lumpur kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa di pondok polis pulau peranginan berkenaan untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE