Mas Haini Mohd. Zaini, 33, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Che Rohana Ismail dan mohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan mencubit bahagian dada dan perut bayi terbabit di ruang tamu rumahnya pada pukul 9.30 pagi 20 Ogos lalu.

Pendakwaan ke atas ibu dua anak itu dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Nor Aziah Hasan manakala Mas Haini tidak diwakili peguam.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Che Rohana kemudiannya mengarahkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM6,000 oleh seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 28 September ini. – UTUSAN ONLINE