Lelaki berusia 44 tahun itu juga bukan sahaja sering melemparkan kata-kata kesat, malah pernah menunjukkan kemaluannya kepada jiran wanitanya yang berusia 47 tahun itu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek ditahan di rumahnya pada pukul 7.15 malam, selepas mangsa membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.

“Suspek juga selalu membuat bising setiap kali dia mabuk dan pada tengah malam, Isnin lalu lelaki itu bertindak memaki hamun dan membaling botol kaca sehingga terkena cermin tingkap rumah jirannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Nasir berkata, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun sama.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE