Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, suspek masing-masing berumur 24 dan 29 tahun bukan sahaja berputih mata malah turut cedera pada bahagian muka dan kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam yang mendakwa berjaya menahan dua lelaki berkenaan yang dipercayai cuba mencuri motosikal sebelum anggota polis ke lokasi kejadian.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi, kita mendapati  orang awam telah menahan dua lelaki dengan kedua-dua suspek cedera pada bahagian muka dan kepala," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut pada salah seorang suspek menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki syabu seberat 5.25 gram.

Katanya, turut ditemukan di dalam beg sandang milik seorang suspek lain adalah sebatang playar, pemutar skru dan sebilah pisau kertas.

"Suspek berusia 29 tahun juga mempunyai 19 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala suspek berusia 24 tahun mempunyai enam rekod berkaitan jenayah dan dadah," katanya. - UTUSAN ONLINE