Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi, suspek berusia 30-an itu memasuki kediaman berkenaan melalui pintu utama rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Ismail Che Isa berkata, sewaktu kejadian, mangsa tinggal bersama seorang anak lelakinya berusia 16 tahun.

"Suspek mengacukan sebelah pisau ke arah mangsa dan berlaku pergelutan. Namun, anak lelaki mangsa telah berjaya menjatuhkan suspek ke lantai.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Lenggong," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mayat suspek kemudian dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE