Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek ditahan ketika hendak melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta di kawasan kedai berkenaan.

“Kejadian berlaku pada pukul 3 pagi yang mana suspek seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun cuba melarilkan kesemua wang tunai hasil jualan kedai berkenaan, pelbagai jenis rokok dan minuman keras pelbagai jenama.

“Jumlah kerugian yang dilaporkan bernilai RM1,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mokhsein memberitahu, hasil ujian saringan air kencing suspek didapati negatif manakala hasil semakan rekod jenayah didapati suspek tiada rekod lampau.

“Suspek ditahan reman selama lima hari bermula dari 21 hingga 25 Julai.

“Siasatan masih dibuka bagi menyiasat kemungkinan suspek pernah terlibat dengan kes samun kedai serbaneka 24 jam yang dilaporkan di kawasan lain sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Mokhsein, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE