Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Ismail Dollah berkata, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Nusa Damai dekat Pasir Gudang pada 7.45 petang semalam.

“Tiga orang kanak-kanak lelaki yang berusia antara 10 hingga 12 tahun yang dipercayai terlibat dengan kejadian itu juga telah dipanggil dan diambil kenyataan mereka.

“Salah seorang kanak-kanak terbabit merupakan anak kepada pemandu kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas kereta jenis Toyota Vios dengan nombor pendaftaran JLE 882 yang dipercayai digunakan semasa kejadian itu.

Tambahnya, polis akan memohon reman ke atas suspek bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan. -UTUSAN ONLINE.